Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bas langgar lokomotif ragut 13 jiwa, 25 cedera

    DAR ES SALAAM, 29 NOV – Kira-kira 13 penumpang maut dan 25 orang lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lokomotif di wilayah Singida di tengah Tanzania hari ini, menurut polis.

    “Angka kematian dijangkakan meningkat memandangkan kebanyakan 25 orang penumpang yang cedera, berada dalam keadaan kritikal,” lapor Xinhua memetik kenyataan komander polis wilayah Singida Stellah Mutahibirwa.

    Beliau berkata bas yang membawa 57 orang penumpang itu sedang dalam perjalanan ke Mwanza dari hab komersial Dar es Salaam.

    Bas itu melanggar lokomotif berkenaan di lintasan kereta api pada pukul 5 pagi waktu tempatan, menurut Mutahibirwa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...