Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Forum persiap belia ASEAN cabaran masa depan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Selaras dengan Brunei Darussalam sebagai pengerusi ASEAN bagi 2021, Majlis Belia Brunei (BYC) mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Forum Belia ASEAN ke-11 yang akan diadakan setiap minggu dari 5 hingga 27 Ogos depan dalam format hibrid.

    Edisi kali ini dianjurkan bersama oleh BYC dan Rangkaian Penyokong Belia ASEAN Brunei (AYAN) serta disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Menurut kenyataan yang dikeluarkan BYC, di bawah tema Future Ready in the New Normal, forum kali ini bermatlamat untuk merumuskan idea-idea dan cadangan mengenai bagaimana untuk meningkatkan peranan belia ASEAN dalam merealisasikan pembangunan mapan dan memastikan kesiapsiagaan belia ASEAN bagi cabaran-cabaran masa depan seperti Revolusi Perindustrian 4.0 dan peluang-peluang seperti keusahawanan yang berkaitan dengan normal baharu serta pemulihan daripada pandemik COVID-19.

    Kenyataan menambah, para peserta dijangka akan menghasilkan Kenyataan Belia ASEAN rasmi dan ASEAN Zine, penerbitan yang mengandungi koleksi kolateral kreatif yang dihasilkan oleh delegasi-delegasi forum berkenaan. Disebabkan pandemik COVID-19, forum berkenaan akan disertai secara fizikal oleh para peserta dari Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah sementara delegasi dari negara-negara ahli ASEAN akan menyertainya secara maya menggunakan platform web.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda