Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fosil jejak kaki berusia 1.5 juta tahun ditemui di Kenya

    WASHINGTON, 29 NOV – Jejak kaki berlumpur yang ditemui di kawasan tasik di Kenya memberi petunjuk bahawa dua spesies nenek moyang manusia awal pernah tinggal berdekatan sekitar 1.5 juta tahun yang lalu.

    Jejak kaki itu dipercayai ditinggalkan dalam lumpur oleh dua spesies berbeza dalam tempoh hanya beberapa jam atau paling lama beberapa hari, menurut ahli paleontologi Louise Leakey, salah seorang penulis kajian yang diterbitkan semalam dalam jurnal Science.

    Para saintis sebelum ini mengetahui melalui fosil bahawa dua cabang evolusi manusia yang telah pupus – dikenali sebagai Homo erectus dan Paranthropus boisei – hidup sekitar masa yang sama di Lembangan Turkana.

    Pandangan udara menunjukkan pasukan penyelidik berdiri di sepanjang jejak fosil di tapak penggalian di sebelah timur Tasik Turkana, utara Kenya, 2022. – AP

    Namun, tarikh fosil tidak dapat ditentukan dengan tepat. “Margin kesilapan boleh mencecah beberapa ribu tahun,” kata ahli paleontologi, William Harcourt-Smith dari Kolej Lehman dan Muzium Sejarah Alam Amerika di New York, yang tidak terlibat dalam kajian itu.

    Sebaliknya, fosil jejak kaki memberikan bukti momen yang lebih spesifik.
    “Ia seperti rakaman waktu sebenar yang dipelihara. Penemuan ini sangat luar biasa,” katanya.

    Jejak kaki purba itu ditemui pada tahun 2021 di kawasan yang kini dikenali sebagai Koobi Fora, Kenya, jelas Leakey, yang berkhidmat di Universiti Stony Brook, New York.

    Menurut seorang ahli paleoantropologi dari Universiti Chatham di Pittsburgh, Kevin Hatala, yang juga penulis kajian itu, sama ada kedua-dua individu itu berada di sebelah timur Tasik Turkana pada masa yang sama atau dalam selang sehari dua, mereka kemungkinan besar menyedari kewujudan satu sama lain.

    “Mereka mungkin saling melihat, menyedari kehadiran masing-masing dan mungkin mempengaruhi antara satu sama lain dalam beberapa cara,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda