Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foto cincin, bukti Macaulay Culkin, Brenda Song bertunang

    Selepas sembilan bulan menimang cahaya mata lelaki, pelakon, Macaulay Culkin akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Brenda Song.

    Memetik laporan People, biarpun tiada pengesahan daripada dua selebriti itu namun jurugambar berjaya mengambil foto Brenda memakai cincin berlian.

    Foto tersebut sempat dirakam ketika Brenda berjalan-jalan di Beverly Hills, California baru-baru ini.

    Untuk rekod, Culkin dan Song mula berkenalan di lokasi penggambaran Changeland In Thailand dan mereka dilihat keluar bersama pada Julai 2017.

    Pasangan selebriti itu sudah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun dan dikurniakan anak lelaki bernama Dakota pada April tahun lalu. – Agensi

    Macaulay Culkin akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Brenda Song. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda