Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Froome intai mahkota Vuelta a Espana

    LONDON, 28 Julai – Chris Froome bersedia menumpukan bagi kemenangan berganda ketika juara Tour de France itu mengesahkan dia akan berlumba di Vuelta a Espana yang ‘sukar’.

    Froome memenangi jersi kuning keempatnya di Paris pada Ahad lalu dan kini berharap untuk menjadi penunggang yang pertama dalam tempoh 22 tahun untuk memenangi Jelajah dan Vuelta dalam tahun yang sama.

    Penunggang berusia 32 tahun itu menamatkan tempat kedua sebanyak tiga kali di Vuelta dan percaya dia boleh melakukan lebih baik pada kali ini meskipun ujian menggerunkan yang diberikan oleh perlumbaan Sepanyol itu.

    Romain Bardet, Fabio Aru, dan Albeto Contador semuanya dijangka berlumba, sementara Vincenzo Nibali, yang tidak beraksi dalam Jelajah, mungkin juga menjadi pesaing yang kuat.

    “Saya mendapatkan peluang dan saya pasti akan mencuba memenanginya,” kata Froome dalam laman sesawang Team Sky.

    Chris Froome (jersi kuning) ketika menyertai acara tradisi berbasikal ‘Acht van Chamm’ di Chamm pada 26 Julai 2017. - AFP
    Chris Froome (jersi kuning) ketika menyertai acara tradisi berbasikal ‘Acht van Chamm’ di Chamm pada 26 Julai 2017. – AFP

    “Vuelta adalah perlumbaan yang saya sukai, ia adalah sukar tetapi selama tiga minggu saya menikmatinya.

    “Saya berada di tangga kedua sebanyak tiga kali dan saya mahu memenanginya. Untuk memenanginya Jelajah dan Vuelta dalam tempoh setahun sudah pasti menakjubkan.” Vuelta adalah Grand Tours perlumbaan basikal ketiga, dengan Giro d’Italia dan Tour de France.

    Belum adalah pelumba dari British memenangi Vuelta a Espana, yang pada tahun ini bermula pada 19 Ogos di Nimes dan berakhir pada 10 September di Madrid. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda