TOKYO, 1 APRIL – Fujifilm Jepun telah memulakan ujian klinikal untuk menguji keberkesanan ubat antiflu Avigan dalam merawat pesakit koronavirus baharu.
Percubaan di China telah mencadangkan Avigan boleh memainkan peranan dalam memendekkan waktu pemulihan bagi pesakit yang dijangkiti koronavirus.
“Percubaan itu akan dijalankan ke atas 100 pesakit sehingga akhir bulan Jun,” kata seorang jurucakap syarikat kepada AFP hari ini. – AFP