Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaeun dicabul bos sendiri?

    Anggota Madein mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual majikannya sendiri selepas menyatakan hasrat mengundurkan diri daripada kumpulan Kpop itu.

    Memetik laporan mStar, Gaeun atau Oh Ga Eun, 19, mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif 143 Entertainment melakukan perbuatan itu selepas meminta dia menjadi teman wanitanya selama sehari sebagai balasan terhadap permintaan meninggalkan Madein.

    “Saya memaklumkan mahu meninggalkan Madein tapi dengan syarat saya perlu menjadi teman wanitanya selama sehari,” katanya.

    Gaeun mendedahkan perkara itu menerusi rakaman suara yang dimainkan menerusi rancangan televisyen Skandal Supervisor JTBC.

    Dalam pada itu, Gaeun mendakwa majikannya itu mencium dan merabanya secara paksa walaupun ditolak berulang kali.

    Gaeun berhasrat untuk meninggalkan Madein. – wowkeren.com

    Malah lelaki tersebut tetap meneruskan perbuatan itu selama dua jam tanpa menghiraukan rayuannya.

    Sementara itu, 143 Entertainment menyangkal dakwaan Gaeun dan menyifatkan ia fitnah berat dilemparkan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

    Agensi itu turut menjelaskan tuduhan tersebut timbul akibat salah faham oleh pihak lain dan bukan daripada ahli Madein.

    “Kami tegaskan tiada gangguan atau sebarang bentuk hubungan seksual secara paksaan membabitkan ahli Madein dan CEO agensi berkenaan.

    “Kandungan yang dilaporkan adalah berdasarkan salah tafsir oleh individu-individu lain dan bukannya oleh ahli terlibat dan kami ingin menegaskan sekali lagi tuduhan itu tidak berasas sama sekali,” ujarnya.

    143 Entertainment berkongsi kenyataan itu menerusi platform X kelmarin.

    Baru-baru ini, Gaeun telah memadam semua foto di akaun Instagramnya dan menyahikut CEO syarikat pengurusannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda