LABUAN, 31 MAC – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Labuan memperhebatkan usaha mendekati masyarakat dengan melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kedua yang memfokuskan kepada pesakit terlantar akibat penyakit kronik.
Ketua Bahagiannya, Rosli Awang Damit, berkata inisiatif itu bertujuan memberi sokongan kepada anggota masyarakat paling terdedah bermula semalam dan diteruskan sehingga hari ini.
“Kita telah melawat 13 pesakit terlantar di beberapa kampung, kebanyakannya menghidap penyakit kronik, ibu tunggal dan individu kurang upaya.
“Semasa lawatan, kita telah mengagihkan bakul makanan dan menyediakan bantuan kewangan kepada penerima, bertujuan untuk membawa kegembiraan dan sokongan sepanjang bulan Ramadan,” katanya kepada Bernama. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/04/P9-5E_01042024.jpg)