Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka Aidilfitri medan kukuh perpaduan – Hajiji

    TAWAU, 28 APRIL – Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri menjadi medan mengukuhkan perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada rumah terbuka dapat mewujudkan interaksi bersemuka dan beramah mesra.

    “Dijangka lebih 10,000 orang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri ini, rumah terbuka ini adalah sesuatu yang biasa kita lakukan setiap tahun untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat kita di sini,” katanya.

    Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Merotai, Tanjung Batu, Kukusan dan Sebatik di sini hari ini.

    Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dalam pada itu menekankan kepentingan menyantuni golongan kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka menikmati hidup yang lebih baik.

    Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 80 orang kurang upaya. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyerahkan geran tanah kepada wakil penduduk selepas melancarkan pecah tanah kilang simen Kawayoi, di Kampung Penangah pada 27 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...