Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gajah tunggal di Filipina mati di Zoo Manila

    MANILA, 29 NOV – Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.

    Datuk Bandar Manila, Maria Sheilah Honrado Lacuna-Pangan dalam siaran video di media sosialnya berkata gajah betina yang dikenali sebagi Mali itu mati pada petang kelmarin.

    Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

    Mali atau nama penuhnya Vishwa Ma’ali, menghabiskan sepanjang hayatnya di Manila sejak disumbangkan oleh kerajaan Sri Lanka pada 1977 semasa berusia tiga tahun.

    Haiwan itu menjadi tarikan utama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, keluarga dan pelancong selama hampir lima dekad, lapor Xinhua.

    Dalam sidang akhbar pada Rabu, datuk bandar berkata kematian Mali, 49, akan dimaklumkan secara rasmi kepada kerajaan Sri Lanka, selain kemungkinan mendapatkan penggantinya. – Bernama

    Mali semasa diberi makanan oleh seorang pekerja di Zoo Manila pada 23 Januari 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...