Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Skim galak penggunaan motosikal elektrik

    KUALA LUMPUR, 29 NOV – Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat Malaysia pada Disember ini.

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim ini dibuka kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli. 

    Semasa pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lepas, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 bagi membantu pengguna beralih kepada motosikal elektrik.

    Beliau berkata kerajaan juga mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari Sdn Bhd dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan kenderaan elektrik.

    “Bagi menterjemah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kerajaan menyediakan Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara berjumlah RM2 bilion,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di persidangan Dewan Negara, hari ini. – Bernama

    Anwar ketika menghadiri Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...