Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galah oh galah, kenali spesies perayap dasar ini

    Udang galah yang juga dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai Giant Freshwater Prawn atau cherabin di Australia dengan nama saintifiknya, Macrobrachium rosenbergii, merupakan spesies udang daripada keluarga Palaemonidae yang tinggal di perairan tawar.

    Taburannya boleh ditemui di kawasan tropika dan subtropika di wilayah Indo-Pasifik dari India sehinggalah ke Asia Tenggara dan Utara Australia.

    Udang galah merupakan spesies udang air tawar terbesar di dunia dan boleh membesar sehingga mencecah kira-kira 30sm atau 12 inci.

    Walaupun dikenali sebagai spesies udang air tawar, udang galah boleh hidup di kawasan air bahal, terutama sebelum mencecah peringkat juvenil.

    Udang galah mempunyai badan berwarna kekuningan, kecoklatan atau kehitaman mengikut persekitarannya. Jantina udang galah boleh dibezakan dengan saiz abdomennya yang mana udang galah betina mempunyai abdomen yang lebih luas dan sepasang sepit yang lebih kecil berbanding udang galah jantan.

    Udang galah merupakan spesies udang yang popular diternak di pelbagai negara sebagai sumber makanan malah mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Selain itu ia juga merupakan buruan popular di kalangan kaki pancing.

    Meski dikatakan tidak mempunyai musim yang tertentu untuk memburunya, namun waktu terbaik untuk memancing udang galah adalah pada musim kemarau kerana faktor-faktor seperti suhu air dan keadaan arus sungai.

    Udang galah juga sangat aktif pada waktu malam dan mudah menghampiri tebing pada waktu tersebut, berbanding waktu siang ia lebih suka berada di kawasan air dalam atau kawasan berstruktur untuk menyembunyikan diri daripada pemangsa seperti burung dan lain-lain terutama ketika air jernih.

    Udang galah bersifat omnivor dan tidak cerewet memilih makanan. Antara umpan yang popular digunakan untuk memancing udang galah adalah seperti cacing, perumpun, udang sama ada yang bersaiz kecil atau diambil isi, organ ayam seperti hati dan jantung, isi ikan dan lain-lain.

    Selain diternak di pelbagai negara sebagai sumber makanan dan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran ia juga merupakan buruan popular di kalangan kaki pancing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda