Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Galak rakan seliaan perbanyak baca Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Kelebihan membaca Al-Quran ialah di akhirat kelak akan menjadi peneman bagi pembacanya, menjadi cahaya yang menyinari dalam kegelapan dan dapat menenangkan jiwa serta Allah mengangkat martabat golongan yang membaca Al-Quran.

    Di samping itu, membaca setiap huruf Al-Quran akan mendapat 10 ganjaran pahala dengan membanyakkan doa meminta pengampunan kepada Allah SWT.

    Perkara berkenaan antara inti pati tazkirah singkat bertajuk Kelebihan Membaca Al-Quran yang disampaikan oleh Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah (Kaunseling), Haji Awang Badaruddin bin Haji Basar pada Majlis Khatam Al-Quran bersama Rakan Seliaan di Dewan Serbaguna, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Pulaie, hari ini.

    Majlis tersebut merupakan anjuran PDI melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Kaunseling) berserta Pusat Reintegrasi, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Aftercare Support Association (AFSA).

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pemangku Pegawai Ugama Kanan, PDI, Hajah Zunainah binti Haji Gunong dan Ketua Pemulihan dan Reintegrasi, Penguasa Penjara, Pengiran Roslinawati binti Pengiran Haji Omar.

    Antara objektif aktiviti tahunan berkenaan adalah untuk menggalakkan para rakan seliaan bagi sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh berkah di samping melipatgandakan pahala serta amal ibadah.

    Ia juga bertujuan untuk mengajak para rakan seliaan bagi sama-sama menghayati bulan Ramadan dengan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca Al-Quran dan seterusnya khatam Al-Quran.

    Selain itu, aktiviti seumpamanya juga merupakan salah satu syiar bagi menyampaikan dakwah di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga PDI, Pusat Reintegrasi, AFSA dan para rakan seliaan.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, PDI, Pengiran Muhammad Fuad bin Pengiran Haji Sulaiman dan Yang Dipertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya.

    Hajah Zunainah semasa menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Hajah Zunainah bersama kakitangan PDI yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...