Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gandingan LeBron-Curry menyerlah

    LOS ANGELES, 11 JULAI – LeBron James dan Steph Curry mencatat permulaan cemerlang sebagai rakan sepasukan Amerika Syarikat (AS) dalam kemenangan 86-72 ke atas Kanada dalam perlawanan pemanasan pra Olimpik di Las Vegas, kelmarin.

    Dua bintang NBA itu adalah sebahagian daripada senarai pemain bola keranjang AS mengagumkan yang akan memburu pingat emas kelima berturut-turut apabila Sukan Olimpik Paris berlangsung bulan ini.

    James dan Curry bermain bersama buat kali pertama sebagai rakan sepasukan antarabangsa dan mempamerkan persefahaman semasa perlawanan kelmarin.

    Curry menamatkan saingan dengan 12 mata manakala James memperoleh tujuh mata ketika AS bangkit daripada defisit 11-1 pada awal perlawanan untuk meraih kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka di laman sendiri sebelum Paris.

    Mereka akan bertandang ke Emiriah Arab Bersatu untuk perlawanan pemanasan menentang Australia dan Serbia minggu depan.

    LeBron James membawa bola di gelanggang semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang pada 10 Julai di Las Vegas. – AP

    Pemain bintang Los Angeles Lakers, James, mengumpulkan pemain pasukan AS berikutan kemenangan yang mencadangkan pasukan AS akan menjadi pilihan untuk memenangi emas di Perancis.

    “Kami tahu kami boleh menjadi lebih baik tetapi kami hanya bersama empat hari,” kata James selepas perlawanan.

    “Kebanyakan kesalahan berlaku ketika menyerang dan tunover. Kami akan berusaha untuk memperbaikinya tetapi yang penting adalah di bahagian pertahanan.

    “Selagi kami bertahan, kami akan memberikan diri kami peluang yang baik untuk menang,” ujarnya lagi.

    Curry bersetuju bahawa benteng pertahanan akan menjadi kunci kepada kempen Olimpik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda