Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara tinggal lebih tempoh

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

    Handi Prayitno, 40, dijatuhi tujuh bulan penjara dan tiga sebatan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas kesalahan tinggal selama 1,029 hari selepas pas melawat yang diberikan kepadanya mansuh pada 2 Disember 2014. Evi Widianti, 35 pula dikenakan enam bulan penjara atas kesalahan tinggal selama 990 hari selepas pas melawatnya mansuh pada 11 Januari 2015 manakala Dewi Kurniati, 41, dipenjarakan selama lapan bulan apabila pas melawatnya mansuh pada 24 Mei 2011 dan telah tinggal di negara ini selama 2,317 hari.

    Sementara itu, Achmad Sujari berusia 44 tahun terpaksa menjalani hukuman lima bulan penjara dan tiga sebatan apabila didapati tinggal selama 564 hari selepas pas kerjanya mansuh pada 11 Mac 2016. Kesemua tertuduh diberkas sepasukan imigresen yang menjalankan pemeriksaan di sebuah bangunan di Jalan Kianggeh, pada 27 September 2017. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Imigresen, Roslina binti Sapar dan Adi Yusra bin Haji Adanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda