Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gelandangan tinggal dalam papan tanda atas bumbung

    AMERIKA SYARIKAT, 17 MEI – Seorang gelandangan wanita di Michigan ditemui tinggal dalam papan tanda atas bumbung di sebuah pasar raya Family Fare.

    Wanita tersebut tinggal di sana selama kira-kira setahun tanpa disedari oleh sesiapa.

    Menurut laporan Oddity Central, gelandangan berusia 34 tahun yang tidak dinyatakan namanya itu ditemui tinggal di sana ketika kontraktor ingin mengetahui mengenai kabel sambungan di bumbung pasar raya itu.

    Mereka menemui ‘rumah’ yang diduduki gelandangan itu dilengkapi dengan lantai papan, komputer dan mesin pembancuh kopi.

    Pegawai polis dipanggil dan wanita itu memberitahu mereka bahawa dia mempunyai pekerjaan di tempat lain tetapi tidak mempunyai rumah dan telah tinggal di sana selama kira-kira setahun.

    Gambar Freepik

    “Dia tiada tempat tinggal,” kata pegawai Brennon Warren dari Jabatan Polis Midland. “Ia satu kisah yang membuat awda tidak percaya.

    “Orang akan melihatnya dari semasa ke semasa dan kemudian tiba-tiba dia akan hilang,” tambah Warren.

    “Tiada siapa yang benar-benar tahu di mana dia pergi tetapi tiada siapa yang pernah menyangka atau berfikir bahawa dia akan berada di atas bumbung.”

    Wanita itu tidak memberitahu polis bagaimana dia mengetahui bahawa tanda pasar raya boleh itu boleh diakses melalui pintu di atas bumbung atau bagaimana dia pergi ke sana tanpa orang melihatnya, memandangkan tidak ada tangga.

    Dia digelar ‘ninja bumbung’ oleh polis kerana masuk dan tinggal di papan tanda atas bumbung.

    Setelah mengetahui mengenai perkara itu, pihak pasar raya memintanya untuk pergi dan dia bersetuju dan meminta maaf atas sebarang kesulitan yang ditimbulkannya.

    “Dia meminta maaf dan terus pergi. Kami tidak tahu ke mana dia pergi, ” kata pegawai Warren. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...