Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelaki dipenjara 8 tahun sebabkan kematian anak damit

    MELAKA, 17 MEI – Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang bekas pelayan restoran, atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian anak damit teman wanitanya yang baru dilahirkan pada tiga tahun lepas.

    Hakim, Mohd Radzi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut, selepas tertuduh Ahmad Shamil Ashraf Zainuddin, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

    Beliau turut mengarahkan hukuman bermula sejak tarikh ditangkap iaitu 29 Mac 2021.

    Ahmad Shamil atas pertuduhan pilihan, didapati telah melakukan satu homosid mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh, ke atas seorang anak damit lelaki yang baru dilahirkan Farah Najwa Ab Rahman, 21, di kawasan semak berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam Ahmadiah, dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Mac 2021, antara jam 12:01 tengah malam hingga jam 10:30 malam.

    Tertuduh yang ketika itu berusia 19 tahun, dituduh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan juga dikenakan denda.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilalif Mohd Rosli manakala peguam, M. Vinodharan mewakili tertuduh.

    Terdahulu, Mohd Radzi ketika penghakiman berkata mahkamah menganggap perbuatan tersebut sangat menyedihkan yang tidak diterima oleh mahkamah dan masyarakat, dan secara jelas perbuatan itu sendiri menunjukkan sesuatu perlakuan yang tidak bertanggungjawab. – Bernama

    Ahmad Shamil Ashraf Zainuddin dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...