Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Gelombang besar membanjiri pangkalan tentera utama AS

    MAJURO, 26 JAN – Operasi pembersihan sedang dijalankan kelmarin selepas ombak gergasi membanjiri pangkalan tentera utama Amerika Syarikat (AS) di Kepulauan Marshall di tengah-tengah Pasifik Selatan.

    Gelombang besar menyerang garison AS di Kwajalein Atoll hujung minggu lalu di pulau Roi-Namur, di mana beberapa peralatan pengesanan peluru berpandu dan angkasa lepas paling canggih di Amerika ditempatkan.

    Rakaman video dari dalam garrison menunjukkan air yang membanjiri dari ombak menumbangkan orang yang berada di situ, memecahkan pintu kaca dan tingkap.

    Kira-kira 80 daripada 120 kakitangan terpaksa dipindahkan, kata tentera AS, dan 60 orang sedang menilai kerosakan dan memulihkan perkhidmatan asas.

    Gambar udara menunjukkan kerosakan yang meluas pada infrastruktur pulau itu selepas ombak menyebabkan beberapa kawasan menjadi banjir.

    “Membersihkan landasan di Roi-Namur dan menilai keselamatannya adalah keutamaan kami,” kata komander garison, Kolonel Drew Morgan dalam satu kenyataan.

    “Apabila landasan dibuka, kami boleh memindahkan orang dan peralatan ke sana ke mari untuk memulakan proses pemulihan.”

    Ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki garrison yang rosak, kata Tentera AS, selepas air laut membanjiri bangunan penginapan, tempat makan, pengangkutan dan hiburan.

    Kepulauan Marshall ialah rangkaian pulau gunung berapi dan atol karang yang luas di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kemudahan makan Cafe Roi yang dibanjiri selepas gelombang ombak yang tidak dijangka membanjiri pulau Roi-Namur di Kepulauan Marshall pada 25 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...