Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perkongsian Measat-SpaceX tingkatkan ekonomi Malaysia

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Perkongsian antara Measat Global Bhd dan Space Exploration Technologies Corp (SpaceX) membuka peluang untuk ketersambungan yang lebih baik dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat tumpuan serta meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan ekonomi Malaysia, kata seorang pakar teknologi.

    Sebelum ini, Measat dilaporkan telah menandatangani perkongsian secara rasmi dengan SpaceX untuk menjadi penjual semula sah rasmi untuk perkakasan dan perkhidmatan Starlink.

    Kerjasama itu membolehkan Measat mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia sehenti untuk pelanggan dalam perkhidmatan dan penyelesaian satelit manakala Starlink akan dapat mendapat manfaat daripada kehadiran pasaran Measat yang mantap dan perkhidmatan pelanggan serta sokongan teknikal kukuh di lapangan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kartel Digital Sdn Bhd, Hafiz Azman berkata manfaat utama perkongsian itu adalah lebih kepada kualiti dan kebolehpercayaan sambungan Internet yang melengkapkan kepakaran setiap entiti.

    “Measat tidak menyediakan sambungan satelit jenis ‘low earth orbit’ (LEO) seperti Starlink yang memberikan sambungan Internet lebih stabil dan lebih pantas bagaimanapun mereka mempunyai kepakaran dan infrastruktur sokongan teknologi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan tempatan.

    “Selain itu, Measat sudah mempunyai ramai pelanggan dalam industri berbeza, justeru ia adalah jenis perkongsian simbiotik yang sudah pasti secara keseluruhannya akan meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan ekonomi negara kita dalam tempoh jangka panjang,” katanya kepada Bernama.

    Hafiz berkata perkongsian itu pastinya akan mempercepatkan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang menumpukan kepada teknologi digital dan ekonomi kerana kerajaan secara agresif memacu inisiatif Malaysia Digital. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...