Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa 6.4 magnitud gegar timur Indonesia

    JAKARTA, 17 FEB – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud telah menggegarkan wilayah timur Indonesia, Maluku hari ini, tetapi tidak berpotensi mencetuskan tsunami, kata agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik.

    Agensi cuaca itu terlebih dahulu melaporkan gempa itu sebagai 6.6 magnitud sebelum menyemaknya kepada 6.4.

    Gempa bumi itu berlaku pada pukul 4:37 petang waktu tempatan (0937 GMT), dengan pusat gempa terletak 124km barat daya Kabupaten Maluku Tenggara di wilayah itu dan pada kedalaman 32km di bawah dasar laut, kata agensi itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...