Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa 6.7 magnitud gegar Vanuatu

    SYDNEY, 22 NOV – Gempa bumi berukuran 6.7 melanda utara Vanuatu hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa ‘gelombang tsunami kecil’ telah dikesan dengan peralatan pemantauan lautan.

    Gempa itu mempunyai kedalaman 22 kilometer (km) melanda kira-kira 300km ke utara ibu kota Port Vila pada kira-kira 3:37 petang.

    Berpusat berhampiran pulau yang sedikit penduduknya, USGS berkata terdapat ‘kemungkinan rendah kematian dan berlaku kerosakan’ akibat gegaran itu.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata orang ramai yang tinggal di kawasan pantai Vanuatu berhampiran pusat gempa ‘harus berwaspada dan berhati-hati seperti biasa. Sebaliknya, tiada sebarang tindakan diperlukan’, kata pusat itu.

    Jabatan Meteorologi dan Geobenca Vanuatu memberi amaran kepada penduduk di wilayah utara Penama, Torba, Malampa dan Sanma supaya mengambil ‘langkah berjaga-jaga’ seperti berpindah dari pantai ke kawasan yang lebih tinggi.

    Seorang penyambut tetamu hotel di Port Olry, kira-kira 98km dari pusat gempa, memberitahu AFP dia merasakan ‘gempa bumi kecil’ dan ‘melihat tanah bergegar’ tetapi tiada sebarang kerosakan.

    Gempa bumi adalah perkara biasa di Vanuatu, sebuah kepulauan dengan 320,000 orang yang merentasi Lingkaran Api seismik.

    Lingkaran Api ialah aktiviti tektonik yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

    Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh pada April tahun ini apabila gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan hutan di Papua New Guinea. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...