Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Banjir di Filipina: Seorang maut, lebih 43,000 dipindah

    MANILA, 22 NOV – Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan ribu terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas hujan lebat menyebabkan kejadian banjir di seluruh tengah Filipina, kata pihak berkuasa hari ini.

    Pasukan penyelamat menggunakan bot kembung dan tali untuk mencapai orang yang terkandas di rumah-rumah mereka di Samar Utara, salah satu wilayah paling teruk dilanda banjir, di mana kampung-kampung dan pekan ditenggelami air selepas hujan selama seminggu.

    Ibu kota wilayah Catarman menerima hujan lebih sebulan dalam tempoh 24 jam hingga pagi kelmarin, dengan air berlumpur menukar jalan menjadi sungai dan membanjiri pusat beli-belah, rumah dan bangunan komersial.

    “Hujan bulanan di Catarman adalah sekitar 450 milimeter (mm) tetapi semalam sahaja 619mm,” kata peramal cuaca negeri, Benison Estareja kepada AFP.

    Lebih 43,000 orang telah terpaksa meninggalkan rumah mereka, menurut agensi bencana negara, sementara mereka menunggu air banjir surut.

    Seorang wanita maut di perbandaran Pambujan di Samar Utara selepas dihempap pokok semasa tanah runtuh, ketua bencana tempatan Pedro Balanquit memberitahu AFP.

    “Sungai-sungai masih melimpah kerana air dari pergunungan mengalir ke sana,” kata Balanquit. “Banjir mencecah bumbung rumah dua tingkat.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...