Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Gempa 6.8 magnitud gegar timur Tajikistan

    DUSHANBE, TAJIKISTAN, 23 FEB – Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda timur pergunungan bekas Soviet Tajikistan hari ini tanpa menyebabkan kerosakan mahupun korban jiwa, kata pegawai.

    Gempa itu berlaku sekitar 5:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 20.5 kilometer, kata Jabatan Geologi AS (USGS).

    USGS menganggarkan ‘sedikit atau tiada penduduk’ akan terdedah kepada tanah runtuh akibat gempa bumi, dan jawatankuasa kecemasan Tajik kemudiannya berkata tiada mangsa atau kerosakan dilaporkan.

    Pusat gempa itu kelihatannya dikesan di Gorno-Badakhshan, wilayah timur separa autonomi yang bersempadan dengan Afghanistan dan China, kira-kira 67km dari bandar pergunungan kecil Murghob.

    Gegaran susulan 5 magnitud melanda kawasan itu kira-kira 20 minit selepas gempa awal, diikuti dengan gempa 4.6 magnitud.

    Wilayah yang mempunyai sebilangan kecil penduduk itu dikelilingi oleh Pergunungan Pamir yang menjulang tinggi, sebahagiannya mencapai 7,000 meter di atas paras laut, dan menempatkan Tasik Sarez.

    Memiliki air berwarna akuamarin yang terbentuk akibat gempa bumi pada tahun 1911, ia adalah antara tasik terbesar di Tajikistan.

    Terletak di belakang Tasik Sarez adalah empangan semula jadi di Pergunungan Pamir, dan pakar-pakar telah memberi amaran tentang akibat bencana jika empangan itu pecah.

    Dengan penduduk seramai 9.5 juta, Tajikistan antara negara Asia Tengah yang mudah terdedah pada bencana alam dengan sejarah panjang banjir, gempa bumi, tanah runtuh, runtuhan salji dan salji lebat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...