Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar atau tsunami yang dikesan.

    Pusat gempa, yang melanda pada 11:14 malam Rabu, terletak di antara pulau Kyushu dan Shikoku, menurut US Geological Survey.

    Jepun mengalami kira-kira 1,500 gempa bumi setiap tahun. Sebahagian besar adalah gempa bumi ringan dan gempa bumi yang lebih besar biasanya menyebabkan kerosakan yang kecil.

    Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear Jepun berkata loji jana kuasa Ikata di kawasan itu beroperasi seperti biasa.

    “Tiada keabnormalan dikesan di loji jana kuasa Ikata… dan operasi diteruskan,” katanya.

    Jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi mengesahkan tiada amaran tsunami atau keabnormalan dilaporkan di loji jana kuasa dan berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kerosakan lain yang mungkin berlaku.

    Tiada laporan kematian akibat gempa bumi itu tetapi kerajaan tempatan dan media melaporkan sekurang-kurangnya lapan cedera ringan. – AFP

    Pegawai polis membersihkan serpihan daripada gempa bumi di Uwajima, wilayah Ehime, barat Jepun, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...