Wednesday, May 1, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Real balas dendam kecewakan Man City

    MANCHESTER, 18 APRIL – Real Madrid membalas dendam ke atas Manchester City untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas menahan serangan di Etihad pada Rabu.

    Rodrygo memberikan pendahuluan awal kepada pasukan pelawat sebelum Kevin De Bruyne membalas untuk penyandang juara bagi meninggalkan perlawanan pada tahap yang sama pada 1-1 dan agregat 4-4.

    Bagaimanapun, pertahanan City dalam pertandingan itu berakhir selepas sepakan penalti Bernardo Silva dan Mateo Kovacic diselamatkan oleh wira Madrid yang tidak dijangka, Andriy Lunin.

    Pemain Ukraine itu yang menggantikan Thibaut Courtois yang cedera telah melakukan kesilapan untuk gol pembukaan awal City dalam perlawanan pertama yang mendebarkan.

    Madrid akan menentang Bayern Munich dalam aksi separuh akhir selepas gergasi Jerman itu menewaskan Arsenal 3-2 secara agregat.

    City tidak pernah tewas di tempat sendiri dalam Liga Juara-Juara sejak 2018 tetapi pemegang gelaran itu ditahan oleh usaha pertahanan yang heroik oleh juara Eropah 14 kali itu walaupun melakukan 34 percubaan ke gawang.

    “Ia sangat sukar. Mereka sentiasa menguasai bola dan menggerakkan awda. Kebanyakan pasukan akan jatuh apabila City menguasai awda tetapi kami bangkit dengan sangat baik,” kata pemain tengah Madrid, Jude Bellingham.

    “Hari ini ia bergantung kepada mentaliti,” tambahnya.

    Madrid dibelenggu oleh serangan pantas City dalam kekalahan 4-0 di Etihad 11 bulan lalu ketika anak buah Pep Guardiola memenangi pertandingan itu buat kali pertama.

    City juga mengenepikan aksi ngeri pusingan pertama separuh akhir 4-3 di laman sendiri dua tahun lalu sebelum dikejutkan dengan serangan balas Madrid pada perlawanan timbal balik. – AFP

    Reaksi pemain Real Madrid, Antonio Rudiger meraikan penghujung perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Real Madrid di Stadium Etihad di Manchester, England, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...