Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gempa bumi landa Mexico

    MEXICO CITY, 12 JAN – Gempa bumi bermagnitud 6.2 menggoncang kawasan barat daya Mexico hari ini, menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat, tetapi tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan.

    Gempa itu berpusat lapan kilometer dari Coalcoman de Vazquez Pallares, sebuah daerah yang mempunyai sekitar 20,000 penduduk yang terletak kira-kira 600 kilometer barat dari ibu kota Mexico City.

    Gempa itu berlaku pada kedalaman 86.2 kilometer.

    Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata di platform media sosial X bahawa perkhidmatan kecemasan nasional melaporkan “tiada perkembangan baharu dan mereka memulakan protokol semakan” di Coalcoman.

    Mexico terletak di lima plat tektonik, menjadikannya salah satu negara yang paling terdedah kepada gempa bumi di dunia, terutamanya di sepanjang pantai Pasifik.

    Gempa bumi bermagnitud 8.1 yang berpusat di pantai Pasifik pada tahun 1985 merosakkan sebahagian besar kawasan tengah dan selatan Mexico, mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan kerosakan teruk di Mexico City.

    Satu lagi gempa bumi bermagnitud 7.1 pada 19 September 2017 mengorbankan 369 orang, kebanyakannya di ibu kota. – AFP

    Gambar Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Wanita Mexico dipenjara 20 tahun kerana rompak, tembak peluncur

    MEXICO CITY, 21 NOV – Seorang wanita Mexico dijatuhi...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...