Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa: Gadis diselamatkan lepas seminggu

    KAHRAMANMARAS, 16 FEB – Anggota penyelamat Turkiye hari ini menarik keluar seorang gadis berusia 17 tahun dari runtuhan gempa bumi yang teruk minggu lalu, ketika harapan semakin pudar untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat.

    Aleyna Olmez diselamatkan 248 jam selepas gempa 7.8 magnitud meratakan seluruh bandar, membunuh hampir 40,000 orang di seluruh tenggara Turkiye dan sebahagian Syria.

    “Dia kelihatan dalam keadaan sihat. Dia membuka dan menutup matanya,” kata pelombong arang batu, Ali Akdogan, yang mengambil bahagian dalam usaha menyelamat, kepada AFP di Kahramanmaras, sebuah bandar berhampiran pusat gempa.

    “Kami sudah seminggu bekerja di bangunan ini… Kami datang ke sini dengan harapan dapat mendengar bunyi,” katanya. “Kami gembira setiap kali kami menjumpai benda hidup – walaupun seekor kucing.

    Bapa saudara gadis itu memeluk penyelamat seorang demi seorang sambil menangis dan berkata, “Kami tidak akan melupakan kamu semua.”

    Turkiye telah menggantung operasi menyelamat di beberapa wilayah. Kerajaan di Syria yang dilanda perang telah melakukan perkara yang sama di kawasan di bawah kawalannya. – AFP

    Anggota menyelamat berkumpul selepas mereka menyelamatkan Aleyna Olmez dari runtuhan bangunan, 248 jam selepas gempa melanda Kahramanmaras, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...