Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gerai pelajar, usahawan tempatan meriahkan bazar IBTE SBC

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 16 OKT – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) menganjurkan bazar pelajar sempena sambutan Pesta Konvokesyen 2024. Bazar yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin merupakan salah satu aktiviti menjelang Majlis Konvokesyen ke-32 yang akan berlangsung pada 29 Oktober.

    Bazar tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan pencapaian para pelajar IBTE yang bakal bergelar graduan.

    Sebanyak 70 gerai dibuka oleh para pelajar kampus, selain usahawan tempatan dan perniagaan tempatan, yang turut merangkumi bekas pelajar institusi tersebut. Pelbagai makanan, minuman, permainan serta aktiviti turut ditawarkan sebagai sebahagian daripada bazar tersebut.

    Orang ramai dijemput hadir ke bazar yang dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang, sehingga 17 Oktober.

    ATAS & BAWAH: Antara gerai dan vendor yang disediakan di premis IBTE SBC sebagai sebahagian daripada bazar pelajar. – GAMBAR SERAHAN IBTE SBC
    GAMBAR SERAHAN IBTE SBC
    GAMBAR SERAHAN IBTE SBC
    GAMBAR SERAHAN IBTE SBC
    GAMBAR SERAHAN IBTE SBC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda