Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gerhana matahari separa bermula di Iceland

    PARIS, 25 OKT – Gerhana matahari separa bermula di Iceland hari ini ketika ia mula menuju ke timur merentasi kawasan Hemisfera Utara.

    Gerhana separa bermula pada 0858 GMT dan akan berakhir di pantai India pada 1302 GMT, melintasi bahagian Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah dalam perjalanannya, menurut institut IMCCE Balai Cerap Paris Perancis.

    Ahli astronomi amatur tidak boleh merenung terus ke arah gerhana, yang tidak akan menggelapkan langit, sebaliknya harus memakai cermin mata pelindung untuk mengelakkan kerosakan mata, kata pakar.

    Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintas di antara matahari dan bumi, melemparkan bayang-bayangnya ke planet kita.

    Gerhana matahari penuh berlaku apabila bulan menyekat sepenuhnya cakera matahari, menjerumuskan sebahagian bumi ke dalam kegelapan sepenuhnya.

    Bagaimanapun, gerhana separa esok, dan “bayang-bayang bulan tidak akan menyentuh permukaan bumi pada bila-bila masa,” kata Balai Cerap Paris dalam satu kenyataan.

    Bulan akan menutup maksimum 82 peratus matahari di atas Kazakhstan, tetapi ia tidak akan cukup menggelapkan siang hari, kata ahli astronomi Balai Cerap Paris, Florent Deleflie.

    Sekurang-kurangnya 95 peratus matahari perlu ditutup untuk ‘merasai keadaan gelap,’ kata Deleflie kepada AFP.

    “Ia bukan sesuatu yang hebat, tetapi ia sentiasa menjadi acara untuk ahli astronomi amatur dan ia boleh menghasilkan foto yang cantik.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...