TOKYO, 23 Feb – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Carlos Ghosn, yang diberi pujian kerana mencipta semula pengeluar automobil Jepun yang pernah hampir jatuh muflis hari ini berkata dia meletak jawatan untuk memberi tumpuan pada membaik pulih syarikat saingan, Mitsubishi Motor, tetapi akan terus menjadi pengerusi.
Ghosn, 62 tahun yang juga menerajui pengeluaran automobil Perancis, Renault, akan menyerahkan jawatan CEO itu kepada Hiroto Saikawa, yang pada masa adalah CEO bersama Ghosn, pada 1 April nanti.
Antara beberapa orang CEO kelahiran negara asing di firma-firma Jepun, Ghosn telah meraih nama jolokan Le Cost Killer kerana usaha agresifnya dalam penyusunan semula Nisaan bermula dalam lewat sembilan puluhan.
Tahun lalul, dia telah melantik Saikawa, eksekutif nombor dua Nissan pada ketika itu, sebagai CEO bersamanya pada pengeluaran kenderaan sedan Altima dan sport utliti X-Trail supaya dia dapat menumpu pada pemulihan Mitsubishi yang dilanda krisis.
Pengeluaran automobil nombor dua Jepun itu membantu Mitsubshi pada Mei lalu apabila ia mengumumkan rancangan untuk membeli pegangan satu pertiga dalam pengeluar automobil itu dengan nilai AS$2.2 bilion, ketika ia berdepan dengan skandal penipuan perbatuan yang menjejaskan jualan.
![Gambar fail – Carlos Ghosn menyerahkan jawatan CEO Nissan kepada Hiroto Saikawa, namun masih memegang jawatan sebagai pengerusi. – AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/Page-19-A_240217.jpg)
Dua dari model kenderaan yang terjejas dibuat untuk Nissan yang pertama mendedahkan masalah dengan data penjimatan minyak.
Perubahan pengurusan Nissan itu diumumkan hari ini akan dirasmikan pada mesyuarat tahunan pemegang saham Nissan pada bulan Jun, menurutnya.
“Memikul tanggung jawab baru di Mitsubishi Motors baru-baru ini, dan mengambil kira mesyuarat agung pemegang saham Nissan akan datang, saya telah memutuskan bahawa masanya adalah tepat bagi Hiroto Saikawa untuk menggantikan saya sebagai CEO, Nissan,” Ghosn berkata dalam satu kenyataan.
Ghosn akan terus menjadi CEO, Renault, yang memegang lebih 40 peratus saham dalam Nissan dan pengerusi bagi tiga pengeluar automobil itu.
Rombakan itu akan membolehkan Ghosn untuk ‘menumpu pada gabungan kumpulan itu’ dengan Renault dan Mitsubishi dan bukan berkaitan kesihatan atau masalah lain, jurucakap Nissan, Keiko Hoshino memberitahu AFP.
Menurut Nissan “Selaku pengerusi bagi ketiga-tiga syarikat bersekutu, dan sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif Kumpulan Renault, Ghosn ingin menumpu lebih pada perluasan dan pengawasan ke atas syarikat bersekutu itu. – AFP