Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Giannis bantu Bucks tumpaskan Washington

    WASHINGTON, 4 JAN – Giannis Antetokounmpo menjaringkan 55 mata tertinggi dalam kariernya bersama Milwaukee Bucks dalam kemenangan ke atas Washington 123-113 kelmarin, manakala pasukan terbaik NBA, Boston dikejutkan oleh Oklahoma City.

    Pemain bintang Greece, Antetokounmpo, yang terlepas bermain semasa kekalahan 118-95 kepada Washington baru-baru ini disebabkan kecederaan lutut, menambah 10 rebound dan tujuh assist dalam kemenangan tersebut, menjaringkan 19 mata pada suku keempat untuk menghentam Wizards.

    Antetokounmpo, yang menjaringkan 15 daripada 16 lontaran percuma, menmenambah 12 mata bertutrut-turut buat Bucks pada lewat perlawanan untuk mengekang percubaan Washington.

    “Saya cuba membuat keputusan yang baik, cuba menjadi agresif sepanjang perlawanan dan akhirnya, kami cuba memenangi perlawanan,” kata Antetokounmpo. “Kami bermain bola dengan baik. Kami bertahan dengan sangat baik. Dan saya cuba melakukan apa sahaja yang saya mampu untuk membantu pasukan untuk menang.”

    Antetokounmpo menjadi pemain keempat dalam sejarah NBA menjaringkan sekurang-kurangnya 40 mata, 10 rebound dan lima assist dalam tiga perlawanan berturut-turut, menyamai rekod Russell Westbrook, Elgin Baylor dan Wilt Chamberlain.

    “Itulah yang saya lakukan, saya memberikan yang terbaik,” kata Antetokounmpo. “Ramai orang menganggap permainan saya membosankan tetapi saya cuba melakukan yang lebih baik, cuba melakukan apa sahaja untuk membantu pasukan saya menang.

    “Pada penghujung hari saya perlu menjadi lebih baik di garisan lontaran percuma dan cuba untuk melakukan kerja tambahan di sana, mencari rakan sepasukan, mencipta beberapa peluang terbuka dan cuba menyerang sebanyak mana yang mampu,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Antetokounmpo semasa perlawanan Bucks menentang Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...