Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gleneagles JPMC serikan suasana rumah terbuka Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Gleneagles JPMC telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Tarindak D’Polo, Kelab Polo Jerudong hari ini dan telah menyambut sekitar 400 tetamu, termasuk Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, pegawai-pegawai kerajaan, duta-duta, pemegang kepentingan korporat dan kakitangan yang lain.

    Majlis tersebut merupakan anjuran Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Singapore, Dr Prem Kumar Nair dan Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay. Majlis itu diadakan bagi mempereratkan hubungan dan memupuk hubungan silaturahim dengan pihak berkepentingan luar dan kakitangan JPMC sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa hadir ke majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Gleneagles JPMC.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda