Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gleneagles JPMC sokong lima organisasi amal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) akan terus berusaha untuk memainkan peranan yang mampan dan positif dalam komuniti menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

    Sejak bermulanya program berkenaan pada 2019, Gleneagles JPMC secara aktif telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi bukan kerajaan dan juga perusahaan sosial untuk memenuhi matlamat khusus mereka dalam menyediakan impak sosial positif kepada kehidupan orang ramai dan masyarakat.

    Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay dalam kata alu-aluannya pada Majlis CSR Gleneagles JPMC 2022 yang berlangsung di Jerudong, hari ini.

    Majlis menyaksikan penyampaian cek kepada lima buah organisasi yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Gleneagles JPMC.

    Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, yang juga ahli Lembaga Pengarah Gleneagles JPMC.

    Bagi tahun ini, Gleneagles JPMC bekerjasama dengan lima buah organisasi iaitu Majlis AIDS Brunei Darussalam, Cope for Hope, Demensia Brunei, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan Yayasan Kanak-kanak Kanser (YASKA).

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai dengan wakil-wakil lima organisasi rakan kongsi Gleneagles JPMC bagi 2022.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda