Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Glover kekalkan ranking 50 teratas

    AUGUSTA, 24 DIS – Lucas Glover mengekalkan kedudukan ke-50 dalam ranking dunia akhir tahun ini, menjadikannya salah seorang daripada 10 pemain yang akan dimasukkan ke senarai jemputan untuk bermain di Masters.

    Kejohanan itu menambah lapan orang pemain berbanding tahun lalu.

    Masters mengambil 50 pemain teratas dalam Ranking Golf Dunia Rasmi pada penghujung tahun kalendar, dan akan mengambil 50 pemain teratas yang belum dijemput dari ranking dunia yang diterbitkan seminggu sebelum kejohanan berlangsung pada 10 hingga 13 April.

    Penambahan 10 pemain itu membawa jumlah keseluruhan pemain yang layak dan dijangka beraksi kepada 85 orang. Tahun lalu, terdapat 77 pemain yang layak pada masa ini.

    Masters mempunyai bilangan pemain terkecil di antara empat kejohanan utama, dan Augusta National lebih gemar supaya ia kekal di bawah 100 pemain untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi kepada pemain. Kejohanan tersebut kali terakhir mempunyai lebih 100 pemain pada tahun 1966, apabila terdapat 103 pemain dalam senarai.

    Masters tahun ini disertai oleh 89 pemain.

    Glover terkeluar daripada kedudukan 50 teratas dalam beberapa minggu terakhir, tetapi ranking ini berdasarkan formula yang mengukur tempoh dua tahun, dengan mata secara beransur-ansur kehilangan nilai.

    Tom Kim di kedudukan ke-21 adalah pemain yang tertinggi dalam ranking yang belum layak.

    Pemain lain yang turut layak melalui ranking dunia adalah Nick Dunlap, Max Greyserman, Rasmus Hojgaard, Jason Day, Corey Conners, Denny McCarthy, Justin Rose, dan Min Woo Lee. – AP

    Reaksi Lucas Glover melambai selepas membuat putt di lubang ke-13 semasa pusingan ketiga di kejohanan golf Masters di Kelab Golf Augusta National pada 13 April, di Augusta, Georgia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda