Friday, February 28, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol Endrick bawa kemenangan Madrid

    SAN SEBASTIAN, 27 FEB – Penyudah cantik Endrick memberikan Real Madrid kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey semalam.

    Namun, kontroversi berlaku apabila perlawanan dihentikan seketika menjelang separuh masa kerana sorakan ‘Asencio mati’ yang ditujukan kepada pertahanan Real Madrid, Raul Asencio, menurut media Sepanyol.

    Satu video kemudiannya tersebar di media sosial yang menunjukkan seorang penyokong Real Sociedad seolah-olah membuat isyarat monyet kepada Vinicius Junior semasa permainan dihentikan.

    Walaupun timbul kontroversi, juara Sepanyol dan Eropah itu mengawal perlawanan menjelang aksi kedua pada 1 April di stadium Santiago Bernabeu mereka.

    Endrick memanfaatkan peluang selepas 19 minit, menamatkan hantaran bola sudut Jude Bellingham dengan bahagian luar kakinya dan gol itu sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.

    Ketua jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, terpaksa merehatkan bintang Perancis, Kylian Mbappe, akibat masalah gigi, serta Fede Valverde dan Thibaut Courtois. – AFP

    Endrick menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey antara Real Sociedad dan Real Madrid di stadium Anoeta di San Sebastian, pada 26 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda