Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gol lewat selamatkan Barca

    BARCELONA, 21 OGOS – Jaringan lewat Pedri dan Ferran Torres membolehkan juara La Liga Barcelona menang 2-0 ke atas Cadiz dalam perlawanan kompetitif pertama mereka di tempat sendiri di luar Camp Nou.

    Sementara itu, Atletico Madrid seri 0-0 di Real Betis dalam pertembungan sengit.

    Bermain di Stadium Olimpik di bukit Montjuic di bandar itu sementara stadium mereka dibina semula dan dinaik taraf dalam tempoh satu setengah tahun berikutnya, Barcelona hampir disingkirkan oleh pasukan pelawat, Cadiz.

    Selepas Getafe menahan mereka dengan keputusan seri tanpa jaringan yang mengecewakan dalam aksi pembukaan musim hujung minggu lalu, Cadiz hampir berjaya mencatatkan keputusan sama sehingga Ilkay Gundogan bijak melakukan hantaran kepada Pedri untuk menjaringkan gol.

    Torres yang masuk sebagai pemain gantian melepasi bahagian tengah dan meledak gol pada masa kecederaan untuk menyerlahkan satu lagi persembahan yang tidak meyakinkan.

    “Saya gembira, cukup berpuas hati dengan kerja pasukan dan permainan mereka juga, saya fikir ia adalah kemenangan yang benar-benar wajar,” kata jurulatih Barca, Xavi Hernandez.

    Jurulatih Catalan itu, yang digantung dari tempat duduk selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Getafe, memilih Lamine Yamal yang berusia 16 tahun di sebelah kanan menggantikan Raphinha yang digantung.

    “Saya fikir ia sangat positif untuk kelab dan peminat, bahawa 40,000 orang datang, menyokong pasukan,” sambung Xavi, walaupun suasana agak sunyi. – AFP

    Reaksi Pedri selepas menjaringkan gol pembukaan Barcelona dalam perlawanan menentang Cadiz di stadium Camp Nou di Barcelona pada 20 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda