Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Goldman Sachs kurangkan 3,200 pekerjaan

    NEW YORK, 9 JAN – Goldman Sachs merancang untuk mengurangkan 3,200 pekerjaan dan mungkin mengumumkannya seawal minggu ini, sumber yang hampir dengan isu itu berkata kelmarin, mengesahkan laporan media.

    Bank pelaburan Amerika itu tidak memberi respons terhadap siasatan AFP yang mencari jawapan.

    Menurut satu sumber yang berkenaan berkata terdapat 3,200 pekerjaan telah dihapuskan kurang daripada jumlah 4,000 yang dipetik dalam akhbar bulan lepas – dan ia menjadi sedikit berkurangan.

    Jumlah yang lebih besar iaitu 4,000 adalah kira-kira 8 peratus daripada kakitangan bank di sana.

    Goldman Sachs biasanya mengurangkan kira-kira 1 hingga 5 peratus daripada jumlah pekerja setiap tahun, dengan menyasarkan kakitangan yang berprestasi rendah.

    Pengurangan tahun ini akan menjadi lebih besar daripada kebiasaan memandangkan prospek ekonomi yang tidak menentu dan pertumbuhan kakitangan Goldman dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seorang yang rapat dengan perkara itu memberitahu AFP pada pertengahan Disember.

    Kakitangan Goldman berjumlah 49,100 orang pada penghujung Oktober, meningkat hampir 30 peratus daripada penghujung 2019 selepas kempen pengambilan yang baharu.

    Pengurangan pekerjaan yang dirancang datang apabila Goldman Sachs dan bank pelaburan lain telah menyaksikan kejatuhan dana terbesar yang terikat dengan permulaan tawaran awam dan menggambarkan prospek suram bagi gambaran penggabungan dan pengambilalihan pada 2023 disebabkan ketidaktentuan ekonomi. – AFP

    Logo untuk Goldman Sachs dilihat di bangunan Bursa Saham New York (NYSE) di New York City, New York, AS – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...