Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    SAP kurangkan 3,000 pekerjaan

    FRANKFURT, JERMAN, 26 JAN – Syarikat perisian Jerman, SAP mengumumkan hari ini, ia merancang untuk mengurangkan sekitar 3,000 pekerjaan tahun ini, mengikuti trend gelombang pemecatan tenaga kerja di sektor teknologi global.

    Kumpulan yang berpangkalan di Walldorf itu, menawarkan kedua-dua perisian tradisional dan perkhidmatan pengkomputeran awan, berkata ia merancang untuk menjalankan ‘program penstrukturan semula yang sesuai’ untuk ‘mengukuhkan perniagaan terasnya’ dan meningkatkan kecekapan.

    “Program ini dijangka menjejaskan kira-kira 2.5 peratus pekerja SAP,” kata syarikat itu dalam laporan pendapatan yang memperkenalkan keputusan penuh tahun 2022.

    SAP mempunyai tenaga kerja kira-kira 120,000 pekerja di seluruh dunia, bermakna mereka merancang untuk mengurangkan kira-kira 3,000 pekerjaan.

    Langkah itu menyusuli pemecatan serupa yang diumumkan oleh syarikat teknologi gergasi, Meta, Amazon, Google, IBM dan Microsoft ketika sektor yang belum kalah itu bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi.

    SAP berkata pemberhentian itu akan menelan kos syarikat antara 250 dan 300 juta euro (AS$270-330 juta), terutamanya pada suku pertama 2023. Dianggarkan penstrukturan semula itu akan menjana penjimatan tahunan sebanyak 300-350 juta euro mulai 2024. – AFP

    Ibu pejabat pencipta perisian Jerman, SAP di Walldorf berhampiran Heidelberg. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...