Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google bekalkan AI kepada Lockheed Martin

    SAN JOSE, 28 MAC – Google telah bersetuju untuk membekalkan perisian kecerdasan buatan (AI) kepada kontraktor pertahanan AS, Lockheed Martin, sekali gus menandakan perubahan pendirian syarikat teknologi itu mengenai aplikasi AI dalam bidang ketenteraan, lapor agensi akhbar Jerman, dpa.

    Menurut kenyataan Lockheed kelmarin, teknologi AI generatif itu akan digunakan untuk tugas seperti menganalisis data risikan, membantu proses membuat keputusan, pembangunan perisian serta mengoptimumkan reka bentuk teknikal.

    Lockheed merancang untuk mengintegrasikan AI Google ke dalam ekosistem ‘AI Factorynya’ bagi meningkatkan keupayaan perisian sedia ada. Bahagian pengkomputeran awan Google juga akan menyediakan platform bagi menguruskan fungsi AI, menurut syarikat pertahanan itu.

    Portfolio Lockheed Martin merangkumi pesawat tempur, helikopter, sistem peluru berpandu dan sistem radar.

    Langkah tersebut dibuat meskipun Google sebelum ini berjanji pada 2018 untuk tidak menyediakan AI bagi sistem senjata, susulan protes dalaman terhadap penglibatan syarikat itu dalam program dron tentera AS. – Bernama

    Seorang lelaki melintasi logo syarikat teknologi multinasional AS, Google, semasa pameran perdagangan VivaTech (Viva Technology) pada 24 Mei 2018 di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda