Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Google uji alat AI mampu menulis artikel berita

    MOSCOW, 20 JULAI – Google sedang menguji alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menulis artikel berita, namun bukan bertujuan untuk menggantikan wartawan, kerana pelaporan dan semakan fakta masih diperlukan, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS) hari ini.

    Google sedang menguji produk yang menggunakan teknologi berasaskan AI untuk menulis berita, yang akan ditawarkan kepada pelbagai organisasi berita termasuk The New York Times, The Washington Post dan News Corp pemilik The Wall Street Journal, lapor The New York Times, memetik sumber.

    Menurut sumber, alat itu yang dikenali sebagai Genesis, boleh mengambil maklumat, seperti butiran peristiwa semasa dan menjana kandungan berita.

    Google percaya bahawa alat itu boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi untuk wartawan, mengautomasikan beberapa proses bagi menjimatkan masa.

    Syarikat itu melihatnya sebagai teknologi yang bertanggungjawab yang akan membantu memacu industri penerbitan daripada risiko AI generatif. – Bernama

    Logo Google kelihatan di pejabat di Granary Square, London. Google sedang menguji alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menulis artikel berita. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...