Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hakeme dinobatkan Pemain Muda Bulanan SPL

    Oleh Fadhil Yunus –

    SINGAPURA, 20 JULAI – Pemain bintang DPMM FC, Muhammad Hakeme Yazid bin Said, telah dinobatkan sebagai Pemain Muda Bulanan Liga Perdana Singapura (SPL) bagi bulan Jun 2023.

    Penyerang muda itu telah diiktiraf atas pencapaian gemilangnya yang mencatatkan 10 gol musim ini, menjadikannya pencetak gol utama kelab pada masa kini, mendahului rakan sepasukannya, Andrey Varankou, yang pernah memenangi Anugerah Penjaring Terbaik SPL pada tahun 2019.

    Muhammad Hakeme Yazid, yang telah menyinari pentas bola sepak pada tahun 2019 dengan menjadi penjaring termuda kedua dalam sejarah pertandingan, juga di tempat kelima dalam senarai penjaring gol terbanyak keseluruhan liga.

    Pemain antarabangsa Brunei itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan mencatatkan tujuh gol dalam sembilan perlawanan terakhir, termasuk tiga gol pada bulan lalu.

    Peranannya turut menjadi kunci dalam kemenangan gemilang DPMM FC musim ini, khususnya dalam kemenangan 6-0 menentang Young Lions.

    Kecekapan dan kecemerlangannya juga telah menarik perhatian komuniti bola sepak Singapura, termasuk dengan gol cantik daripada sepakan percuma langsung dari jarak 35 ela ke gawang ketika menentang Hougang United dan juga gol solo ketika menentang Lion City Sailors. Di samping sebagai pemain tetap dalam musim ini, Muhammad Hakeme Yazid juga telah membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam pasukan DPMM FC, bergandingan dengan Varankou sebagai pemain pilihan untuk barisan hadapan.

    Anugerah Pemain Muda Bulanan SPL adalah pengiktirafan paling berprestij bagi Muhammad Hakeme Yazid sehingga kini.

    Pemain bintang DPMM FC, Muhammad Hakeme Yazid bin Said. – Gambar serahan Liga Perdana Singapura
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...