Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Gotong-royong bersih tanah perkuburan pada bulan Syawal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Seramai 49 orang ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok dan penduduk Kampung Subok telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Lama Datu Di Bumbun, kelmarin.

    Turut menyertai dalam aktiviti tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Aktiviti berkenaan turut disertai oleh beberapa orang warga emas antara ialah Hajah Maimun bin DHA Haji Besar dan Hajah Aisah binti Bagol. Menurut Hajah Aisah, beliau telah menyertai dalam aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam sebanyak 19 kali.

    Aktiviti yang diadakan setiap bulan Syawal itu antara lain bertujuan untuk memastikan tanah perkuburan berkenaan sentiasa bersih dan mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung, dan mengingati kaum keluarga yang telah tiada.

    Gambar ramai Yang Berhormat Awang Lawi bersama ahli-ahli MPK. – GAMBAR SERAHAN MPK SUBOK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...