Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik sedang diusahakan – Nik Nazmi

    PUTRAJAYA, 22 APRIL – Kerajaan sedang mengusahakan dasar kebangsaan mengenai pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) yang masih dalam proses rundingan, selaras dengan agenda kelestarian alam.

    Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan mempunyai Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia (2021-2030) dan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna (2018-2030).

    “Saya telah mengarahkan agar undang-undang yang mengawal pencemaran plastik disemak semula untuk mengukuhkan langkah-langkah menangani pencemaran plastik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini sempena sambutan Hari Bumi dengan tema Planet vs Plastics.

    Beliau berkata Malaysia setakat ini telah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT di Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan untuk Membangunkan Instrumen Antarabangsa Yang Mengikat Secara Sah mengenai Pencemaran Plastik, Termasuk dalam Alam Sekitar Marin (INC).

    Sementara itu Nik Nazmi berkata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ketika ini mengetuai delegasi Malaysia ke siri rundingan INC keempat (INC-4) yang bermula esok hingga 29 April ini di Ottawa, Kanada.

    Tema Hari Bumi tahun ini membawa mesej yang jelas berhubung tanggungjawab masyarakat dalam memulihara dan memelihara bumi yang diwarisi memandangkan sisa plastik memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk diuraikan secara semula jadi. – Bernama

    Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama pekerjanya menunjukkan sepanduk pencemaran plastik dihadapan longgokan plastik, sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...