Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Grace Travel rai 2 tahun jadi wakil Hospital Bangkok

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Agensi Grace Travel semalam, telah mengadakan Majlis Malam Gala sempena Ulang Tahun ke-2 tahun sebagai pengendali Pusat Perkhidmatan Brunei untuk Hospital Bangkok, Thailand.

    Majlis yang berlangsung di Empire Hotel and Country Club berkenaan dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul selaku tetamu kehormat.

    Hospital Bangkok telah melantik Grace Travel sebagai pusat perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam bermula Julai 2017, bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti tempahan perjumpaan doktor pada harga yang berpatutan dengan kualiti kelas pertama.

    Selain itu, Grace Travel juga boleh membantu memberikan jadual-jadual pemeriksaan doktor di Hospital Bangkok atas permintaan pelanggan.

    Grace Travel berharap malam gala berkenaan akan dapat mengukuhkan hubungan dua hala dengan pelanggan utamanya dan korporat.

    Pengurus Grace Travel, Kelvin Goh dalam ucapannya pada majlis itu menyatakan harapan Grace Travel untuk dapat mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggannya.

    “Kami juga berharap untuk mengekalkan hubungan yang kukuh dengan prinsip kami (Hospital Bangkok dan Grace Travel) kerana kami mempunyai visi dan misi yang sama iaitu menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada para pelanggan dan pesakit yang berpotensi.

    “Grace Travel juga berharap untuk meningkatkan perkhidmatannya dengan Hospital Bangkok pada masa depan dan rancangan yang lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya.

    Hospital Bangkok merupakan Pusat Perkhidmatan Perubatan Bangkok Dusit (BDMS) yang telah dianugerahkan lapan Pentauliahan Gold Seal (JCI), lebih daripada mana-mana hospital lain di Asia Pasifik dan dianggap standard tertinggi dalam penjagaan kesihatan global.

    PYT Wanthanee Viputwongsakul dan Kelvin Goh hadir pada majlis berkenaan.
    Antara yang hadir pada majlis malam gala berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda