Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gran Coupe M edisi Ulang Tahun ke-50 tampil eksklusif

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – QAF Auto Sdn Bhd hari ini melengkapkan barisan model terkini dengan memperkenalkan jentera BMW 218i Gran Coupe M sempena Ulang Tahun M Sport yang berlangsung di Bilik Pameran QAF Auto, Perindustrian Beribi II.

    Kereta coupe empat pintu terbaharu BMW ini menjadi penambahan baharu dalam kelas kompak BMW dengan membawakan ruang dalaman yang elegan, dipadankan dengan kabin dan ruang muatan yang luas demi pemanduan yang lebih versatil.

    Model tersebut bakal menjadi sandaran baharu BMW dikuasakan dengan enjin petrol tiga silinder berkapasiti 1.5 liter yang berkuasa tinggi dan efisien untuk kegunaan harian.

    Manakala berdasarkan kekuatan yang dimiliki BMW 218i Gran Coupe M Sport ini, ia mampu menjana 140 kuasa kuda (hp) dan tork puncak 220 Nm.

    Malah ia juga menggunakan enjin secara melintang dan mematuhi piawaian EU6d-TE-
    MP yang mampu membuat pecutan dari sifar hingga 100 kilometer sejam (kmsj) dalam masa 8.7 saat, manakala kelajuan tertinggi pula mencecah 213kmsj.

    Model BMW 218i Gran Coupe M terbaharu yang dilancarkan sempena ulang tahun M Sport.
    Reka bentuk dalaman model BMW 218i Gran Coupe M sempena ulang tahun M Sport.

    Sementara itu, model BMW 218i Grand Coupe yang provokatif dan ekstrovert direka untuk mendominasi dari setiap perspektif dengan ciri-ciri yang menonjol, garis bumbung yang landai dan bahagian belakang yang nampak lebih ganas.

    Komponen dinamik pemanduan yang ditala dengan sempurna dan enjin yang sangat berkuasa membantu kereta sport terkemuka ini untuk menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya.

    Model BMW 218i Gran Coupe M Edisi Ulang Tahun ke-50 itu juga menampilkan logo ulang tahun ke-50 BMW M yang dipaparkan di hadapan dan belakang kenderaan, serta pada hab roda baharu yang diilhamkan oleh logo klasik BMW Motorsport diperkenalkan untuk menandakan ulang tahun ke-50 jenama BMW M.

    Di samping itu, bagi pelanggan yang membeli BMW 218i Gran Coupe M 50th Anniversary Edition akan layak menerima telefon bimbit Apple iPhone14 128GB dan pengecualian yuran sewa selama 12 bulan untuk Wish Postpaid 25GB (pascabayar mudah alih).

    Namun tawaran tersebut adalah terhad.

    Sehubungan itu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model terkini itu atau tawaran eksklusif akhir tahun QAF Auto, orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran atau menghubungi mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...