Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    GSK beli vaksin Affinivax AS$3.3 bilion

    LONDON, 1 JUN – Pengeluar ubat Britain, GlaxoSmithKline (GSK) kelmarin membeli firma biofarmaseutikal AS Affinivax dengan harga AS$3.3 bilion bagi tujuan mengembangkan lagi alternatif vaksin untuk pengguna.

    Syarikat yang tersenarai di London itu telah bersetuju untuk membayar AS$2.1 bilion sebagai pendahuluan dan AS$1.2 bilion kemudiannya dalam bayaran pembangunan berpotensi bagi Affinivax.

    Firma yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts itu adalah pakar dalam vaksin untuk penyakit seperti meningitis, radang paru-paru dan jangkitan saluran darah.

    Pengambilalihan itu berlangsung ketika ketua eksekutif, Emma Walmsley berusaha untuk membentuk semula GSK selepas dia berdepan dengan kritikan pelabur yang hebat mengenai kelewatan syarikat dalam menghasilkan ubat dan rawatan COVID.

    Glaxo pada bulan lalu telah membeli sebuah kumpulan AS, Sierra Oncology iaitu pakar dalam ubat-ubatan bagi jenis kanser yang jarang ditemui, dengan harga AS$1.9 bilion.

    Namun demikian, Glaxo telah dikecam oleh pelabur aktivis kerana kegagalannya menghasilkan vaksin COVID yang berjaya dengan pantas, berbeza sekali dengan saingan Inggeris-Sweden, AstraZeneca. – AFP

    GSK telah membeli firma biofarmaseutikal AS Affinivax kelmarin dengan harga $3.3 bilion. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda