Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardian, YASKA lancar program kebersihan untuk kanak-kanak

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Guardian Brunei, hari ini, melancarkan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR), iaitu program Together, Keeping Kids Clean and Healthy, dengan kerjasama Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA), di Pusat YASKA, Kiarong.

    Sehubungan itu, Guardian telah menyumbangkan menyumbangkan pakej penjagaan badan kepada 30 orang kanak-kanak YASKA yang memerlukan.

    Hadir pada acara tersebut adalah Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Tam Vo bersama Presiden Pusat YASKA, Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen.

    Menurut Tam Vo, mereka sangat teruja untuk berkerjasama dengan YASKA dalam projek berkenaan.

    “Dengan menggabungkan sumber dan kepakaran kami, kami boleh membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak ini, bagi memastikan mereka mempunyai keperluan yang mereka perlukan dalam penjagaan kebersihan badan,” jelas Tam Vo.

    Tam Vo dan Dayang Tsara’ Nawwarah bergambar ramai bersama kanak-kanak YASKA yang hadir pada program tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Pek penjagaan itu akan merangkumi barangan seperti produk penjagaan badan, kit kebersihan mulut, dan kit penjagaan wajah yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan segera kanak-kanak tersebut.

    Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Guardian Brunei untuk memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong mereka yang memerlukan dan berharap untuk meneruskan kerjasama dengan YASKA dan memberi impak positif bersama.

    Projek CSR itu adalah sebahagian daripada langkah kerjasama yang dipanggil Guardian Cares bersama-sama dengan cawangan Guardian lain di rantau Asia Tenggara untuk mendermakan 40 juta produk penjagaan mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh rantau ini.

    “Guardian percaya mereka harus memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong mereka yang telah bersama mereka selama 32 tahun yang lalu,” kata ketua perniagaan itu.

    Bagi memeriahkan lagi acara, kanak-kanak YASKA yang hadir juga diberi penerangan mengenai tatacara penjagaan gigi, memberus gigi dengan betul, dan banyak lagi aktiviti lain yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Universiti Brunei Darussalam.

    Orang ramai boleh menyokong inisiatif berkenaan dengan membeli pencuci badan IL jenama Guardian sendiri dan 10 sen akan didermakan kepada YASKA untuk setiap liter yang dibeli.

    Sebagai alternatif, orang ramai boleh membeli tuala kanak-kanak Guardian dan 100 peratus dan hasil daripada jualan akan disalurkan untuk amal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda