Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gudang senjata Rusia terbakar, ribuan dipindah

    MOSCOW, 6 OGOS – Seorang maut hari ini manakala lapan lagi cedera selepas kebakaran dan letupan besar berlaku di gudang amunisi Siberia, ketika ribuan penduduk yang dipindahkan menunggu untuk kembali ke rumah masing-masing.

    Kebakaran kelmarin di gudang serbuk senjata bagi peluru artileri dekat bandar Achinsk di rantau Krasnoyarsk adalah kemalangan terbaharu yang melanda tentera Rusia.

    Para saksi telah menyiarkan rakaman kejadian tersebut dalam Internet yang menunjukkan kepulan asap hitam tebal naik ke awan di sebalik hutan.

    Hari ini, letupan itu sepenuhnya dikawal namun masih terlalu awal untuk mengarahkan penduduk kembali pulang ketika tentera perlu memeriksa kawasan kediaman yang terjejas, kata para pegawai.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Dmitry Bulgakov berkata 70 jurutera telah tiba di tempat kejadian untuk membantu usaha pembersihan.

    Menurutnya dalam ucapan di televisyen, kemalangan yang mencederakan empat orang termasuk dua anggota itu dipercayai berpunca atas ‘kesilapan manusia’.

    Gabenor Krasnoyarsk, Alexander Uss sebelumnya berkata seorang hilang manakala kira-kira 12 orang mendapatkan rawatan perubatan.

    Sementara itu, lebih 9,500 orang dipindahkan dari Achinsk dan kawasan berdekatan manakala 6,000 lagi berpindah secara sukarela, kata para pegawai serantau. – AFP

    Letupan dekat gudang amunisi berhampiran bandar Achinsk di rantau Krasnoyarsk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda