PARIS, 31 JULAI – Midfield Senegal Idrissa Gueye (gambar bawah) melengkapkan perpindahan dari Everton ke Paris Saint-Germain (PSG), juara Perancis itu berkata dalam satu kenyataan, hari ini.
“PSG dengan bangganya mengumumkan Idrissa Gueye sah menjadi milik kami,” kata PSG menerusi Twitter.
PSG telah menyatakan hasratnya sejak Januari lalu untuk mengikat Gueye, 29, yang beraksi pada perlawanan separuh akhir dalam Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal.
Selain PSG, Manchester United juga dikaitkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.
Gueye telah menandatangani kontrak sehingga 2023, namun PSG tidak mendedahkan nilai yuran perpindahan tersebut.
“Saya bangga menjadi sebahagian keluarga PSG. Selepas Piala Negara-Negara Afrika bersama Senegal, saya mahu melonjakkan karier saya dengan menyertai PSG, salah sebuah pasukan yang kukuh dan bercita-cita tinggi di Eropah.
“Saya tidak sabar untuk melalui suasana yang menakjubkan di Parc des Princes,” kata pemain dari Senegal itu lagi. – AFP