Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus

    JAKARTA, 28 NOV – Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pagi ini, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

     Pegawai Pos Pemerhatian gunung berapi Anggi Nuryo Saputro dalam satu kenyataan berkata letusan berlaku pada 6.29 pagi waktu tempatan selama 130 saat.

    Sejak Jun 1927, aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin meningkat, semakin besar dan tinggi sehingga 157 meter dari paras laut.

    Aktivitinya meningkat dengan ketara sejak April tahun lalu dengan status amaran bahayanya dinaikkan ke tahap ketiga tertinggi.

    Pada 2018, Anak Krakatau meletus dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...